Ahad, 8 September 2013

Kuala Lumpur
Sebanyak 15 markas utama Syiah di negara ini dikesan aktif melaksanakan aktiviti ajaran berkenaan bagi merekrut pengikut baru.
Sumber keselamatan berkata, 15 lokasi itu diketahui menerusi risikan serta temubual dengan pengikut dan bekas pengikut kumpulan terbabit sebelum mereka mengubah taktik mengadakan pertemuan di rumah kerana bimbang aktiviti songsang itu dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, ajaran kumpulan itu di negara ini masih belum sampai ke tahap ekstrem seperti dilakukan pengikut di beberapa negara yang majoritinya penganut Syiah.
“Berdasarkan pemantauan, kegiatan kumpulan ini masih terkawal. Biarpun mereka bijak menukar lokasi, kita boleh mengesan.

“Cuma yang merisaukan, jika tidak dibendung, kumpulan ini mungkin boleh bertukar menjadi kumpulan militan yang akan menimbulkan kekacauan dalam negara,” katanya.

Menurut sumber terbabit, pergerakan Syiah di negara ini mendapat dana daripada sebuah organisasi di Asia Barat. Disebabkan itu, katanya, pihaknya khuatir kewujudan hubungan dengan organisasi berkenaan mampu mempengaruhi pergerakan mereka di negara ini.
“Dana daripada organisasi berkenaan banyak memainkan peranan terhadap perkembangan kumpulan Syiah di negara ini, termasuk digunakan bagi membiayai aktiviti dan mewujudkan markas mereka.

“Kita khuatir jika mereka terus berkembang, ajaran ekstremis dari negara berkenaan mungkin menyusup masuk,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, fahaman Syiah di negara ini dibawa penduduk negara ini yang kebanyakannya pernah belajar di Qom, Iran. Ia kemudian disebar menerusi pelbagai cara, termasuk dalam usaha dakwah dan kerja kebajikan, selain dalam bentuk pengajian dan pembelajaran.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/08

15 lokasi rekrut pengikut baru

Kuala Lumpur: Sebanyak 15 markas utama Syiah di negara ini dikesan aktif melaksanakan aktiviti ajaran berkenaan bagi merekrut pengikut baru.
Sumber keselamatan berkata, 15 lokasi itu diketahui menerusi risikan serta temubual dengan pengikut dan bekas pengikut kumpulan terbabit sebelum mereka mengubah taktik mengadakan pertemuan di rumah kerana bimbang aktiviti songsang itu dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, ajaran kumpulan itu di negara ini masih belum sampai ke tahap ekstrem seperti dilakukan pengikut di beberapa negara yang majoritinya penganut Syiah.
“Berdasarkan pemantauan, kegiatan kumpulan ini masih terkawal. Biarpun mereka bijak menukar lokasi, kita boleh mengesan.

“Cuma yang merisaukan, jika tidak dibendung, kumpulan ini mungkin boleh bertukar menjadi kumpulan militan yang akan menimbulkan kekacauan dalam negara,” katanya.

Menurut sumber terbabit, pergerakan Syiah di negara ini mendapat dana daripada sebuah organisasi di Asia Barat. Disebabkan itu, katanya, pihaknya khuatir kewujudan hubungan dengan organisasi berkenaan mampu mempengaruhi pergerakan mereka di negara ini.
“Dana daripada organisasi berkenaan banyak memainkan peranan terhadap perkembangan kumpulan Syiah di negara ini, termasuk digunakan bagi membiayai aktiviti dan mewujudkan markas mereka.

“Kita khuatir jika mereka terus berkembang, ajaran ekstremis dari negara berkenaan mungkin menyusup masuk,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, fahaman Syiah di negara ini dibawa penduduk negara ini yang kebanyakannya pernah belajar di Qom, Iran. Ia kemudian disebar menerusi pelbagai cara, termasuk dalam usaha dakwah dan kerja kebajikan, selain dalam bentuk pengajian dan pembelajaran.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/08

Senat AS sokong serang Syria




WASHINGTON 5 Sept. - Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk melaksanakan operasi ketenteraan ke atas Syria melepasi halangan pertamanya, semalam selepas ia diluluskan Jawatankuasa Hubungan Luar Dewan Senat.
Dalam pengiraan undi itu, sebanyak 10 anggota senat menyokong, berbanding tujuh menentang, undian yang akan membenarkan campur tangan ketenteraan AS dalam tempoh 90 hari dan mengharamkan penggunaan tentera darat bagi tujuan pertempuran.
Usul penggunaan ketenteraan itu akan dibentangkan di Dewan Perwakilan (Kongres) untuk diluluskan.
Menurut pemimpin Dewan Senat, semua anggota Dewan Perwakilan akan membahaskan dan mengundi usul penggunaan ketenteraan itu pada minggu depan berikutan tindakan Presiden Syria, Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya.
''Apa yang kita lakukan, hari ini merupakan satu langkah ke arah yang betul,'' kata Senator Dick Durbin.
Durbin orang nombor dua dalam Parti Demokrat sebelum ini mengundi menentang perang di Iraq, namun beliau menyifatkan operasi kali ini 'sedikit berbeza'.
Dalam perkembangan berasingan, Obama menggesa dunia menyokong operasi ketenteraan ke atas Syria atas dakwaan penggunaan senjata kimia ketika Damsyik berikrar untuk membalas dan bertahan daripada serangan itu, walaupun ia bermaksud Perang Dunia Ketiga.
Ketika bercakap di Stockholm, Obama berkata, dunia kini telah menetapkan 'satu garisan merah' untuk Syria.
''Saya tidak menetapkan garisan merah tetapi sebaliknya, dunia yang menetapkan had itu,'' kata Obama merujuk kepada peraturan antarabangsa yang melarang penggunaan senjata kimia, walaupun dalam perang.
Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Saint Petersburg, Rusia esok dengan beliau dijangka meneruskan usaha mencari sokongan antarabangsa untuk menghukum kerajaan Assad kerana menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya. - AFP

Krisis Syria: Perang Mungkin Berlarutan

 Pejuang pembangkang menyediakan sebuah roket buatan.

Palang Merah berkata ia merancang operasi kemanusiaan bagi konflik yang panjang di Syria dalam ketiadaan apa-apa tanda-tanda penyelesaian kebuntuan politik dan ketenteraan antara pemberontak dan tentera kerajaan. 

Peter Maurer, Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), berkata agensi bantuan telah mendesak kuasa-kuasa besar cuba untuk menghentikan semua pihak daripada melakukan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk jenayah perang. Dia melihat tidak ada sebab untuk mengharapkan konflik 27-bulan-lama untuk menamatkan bila-bila masa tidak lama lagi. 

"Kami tidak melihat di mana penyelesaian politik mudah harus datang dari. Dan itulah sebab mengapa kita lebih suka mengira bagi konflik yang lebih panjang, "Maurer dipetik sebagai berkata oleh Reuters. 

"Walaupun kita akan mencari penyelesaian esok, Syria akan memerlukan bantuan teruk lebih kemanusiaan daripada apa yang disampaikan hari ini." 

International pengantara Lakhdar Brahimi, yang mengadakan perbincangan dengan AS dan pegawai kanan Rusia di Geneva, telah diperintah keluar mengadakan persidangan keamanan sebelum Ogos yang terbaik. 

"Apa yang kita telah melihat sejak beberapa minggu lalu, apa yang kita lihat sebagai ICRC di atas tanah, adalah jalan buntu antara kedua-dua pihak di Syria," kata Maurer dalam laporan Reuters.

TERKINI!!! Isu Semasa Mesir 06/7/2013



Sabtu | 06 Julai 2013 | 01.58 pagi

Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi:

1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

4. Tambah beliau: "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Sumber: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)