Susulan isu dakwaan isteri Mat Yo kurang ajar dengan Pak Guard

Selepas penyebaran rakaman video berdurasi hampir seminit yang memaparkan pertengkaran antara isteri pemain bola sepak Norshahrul Idlan Talaha dengan seorang pegawal keselamatan di internet, isu ini mula mendapat liputan meluas dari media
Melalui laporan dari portal berita mynewshub.my turut membuat liputan eksklusif berhubung perkara ini dengan mendapatkan penjelasan daripada pengawal keselamatan terbabit
Dalam temubual bersama mynewshub, pengawal keselamatan terbabit, Azman Mohd Nayan 49, menjelaskan, insiden itu adalah berpunca dari kesalahan pasangan tersebut meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya
Beliau yang hanya menjalankan tugas di Lapangan Terbang Subang Skypark itu menegur kesalahan pasangan berkenaan dan tidak sangka teguran keatas pasangan itu dibalas dengan reaksi negatif daripada isteri Mat Yo

Seperti yang dipaparkan dalam rakaman video itu, isteri Mat yo, Siti Aisya Adam telah melemparkan kata-kata yang tidak enak di dengar antaranya “bodoh’ dan “jantan dayus” terhadap pengawal keselamatan itu
Jelas Azman Mohd Nayan, Siti Aisya turut menendang dan Mat Yo bertindak menolaknya malah tambahnya lagi selepas insiden tersebut, penyerang pasukan Johor Darul Takzim itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian
Difahamkan kedua-dua pihak masing-masing telah membuat laporan polis berhubung kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu
Selanjutnya ikuti video rakaman temubual, bersama pengawal keselamatan Azman Mohd Nayan
My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/susulan-isu-istri-mat-yo-kurang-ajar-dengan-pak-guard#ixzz2gOjaJKJV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan